
Allhamdulillah :,masih diberi kesempatan untuk melihat maya pada ini,dapat makan ,minum,menghirup sedup udara segar dan yang beruntung adalah kesihatan yang berpanjangan
Bagaiman jika ada mata tidak dapat melihat
Bagaimana jika ada telinga tidak dapat mendengar
Bagaimana jika ada kaki tak dapat berjalan
Bagaimana Jika ada akal tak boleh ber fikir
Bagaimana jika ada dua tangan tak dapat digunakan
Bagai mana ada hidung tak dapat menghidu
Bagaimana ada Hati tapi mati
Dan segala yang meliputi jasad kita ini tidak berfungsi
Apakah ertinya hidup Ini jika Allah tidak memberi fungsi diatas segala yang ada pada jasad kita ini,sungguh tidak mampu untuk manusia yang diberi dan dicipta_Nya sebaik-baik makhluk untuk menggerakkan sesuatu itu walaupun sebesar biji sawi
Firman Allah ,Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya" at-tin 4
Namun Allah tidak memberi kudrat yang boleh menggerakan sesuatu itu sebagaimana Kudrat-Nya yang maha satu tidak ada tolak banding.
Kerana kudrat itu adalah sifat yang sedia ada pada Zat Allah,jika tidak kerana kudrat Allah makhluk ini tak mampu berbuat apa-apapun
Namun manusia sudah lupa bila dikurnia kekayaan,banyak pengikut,pangkat,kebendaan yang banyak membuat manusia menjadi angkuh ,sombong hinggakan membawa kejalan riak,Lupakah jika Allah tidak memberi mampukah manusia ini untuk memperolehinya
Manusia kini banyak lupa baha insan yang dicintai Allah telah memperkenalkan sistem jemaah yang terunggul dan tak pernah diperkenalkan oleh mana-mana pemimpin agung dulu kini,namun kealpaan manusia yang dikatakan berdarjat ini menjadi kan setaraf dengan haiwan
Apakah sistem jemaah yang di perkenalkan oleh Insan yang dicintai Allah itu Solat Lima waktu
Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin yang paling agung sekali di mana baginda merupakan pemimpin yang satu-satunya melaksanakan amalan yang paling penting dalam pembangunan umatnya iaitu solat berjemaah. Solat berjemaah ini merupakan satu sistem dunia dan akhirat yang tidak pernah diperkenalkan oleh mana-mana pemimpin dunia.Namun hari ini jika dalam sistem perniagaan yang bermodalkan jutaan ringgit dapat kongsi sama-sama antara islam dan kafir,namun dalam jemaah solat tampa modal,'' banyak yang mengecewakan rohaninya sendiri, Padahal sesama islam yang dijamin Allah untuk syurga
Jika Allah tidak memberi manusia ini tak ujudpun dimaya pada ini.Apakah kerana kemurahan Allah ada yang sangggup menjual diri demi kebendaan ,walhal jalan itu adalah zulmat ,jalan nereka,
Jazakalah::Insya Allah kita jumpa lagi



Tiada ulasan:
Catat Ulasan