Isnin, 22 Mac 2010
Kisah Pak Omar Dipenjara Laos
Antara ujian getir seorang muslim yang dipenjara diatas tuduhan memperdagangkan manisia
Pak Omar ikat perut bulan pertama ditahan
ALOR SETAR: "Saya terpaksa menumpang ihsan seorang tahanan warga Pakistan untuk mendapatkan makanan, kerana hanya sup babi bersama pulut dihidang di penjara setiap hari," kata Omar Atan, 59, yang ditahan di Penjara Laos sejak Mei tahun lalu selepas didakwa terbabit dengan jenayah perdagangan manusia di negara itu.
Hakikat itu disuarakan Omar, bapa kepada empat anak dari Padang Besar, Perlis sebaik menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), di sini, semalam selepas lebih 11 bulan menjadi tahanan
di penjara terbabit. Omar yang lebih mesra dengan panggilan Pak Omar berkata, tempoh sebulan pertama di Penjara Laos amat perit kerana terpaksa mengikat perut disebabkan pihak penjara hanya menyediakan daging babi sebagai hidangan, dan beliau tidak mampu menjamah makanan itu yang dihidangkan dua kali sehari menyebabkan berat badannya susut mendadak.
“Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana seorang lelaki Islam dari Pakistan bernama Sheema, yang ditahan di penjara berkenaan sanggup berkongsi bekalan makanan, sementara menunggu bantuan daripada pihak Kedutaan Malaysia
di Laos,” katanya.
Pak Omar tiba di LTSAH pagi semalam, selepas diberikan pelepasan oleh kerajaan Laos selama 10 hari berikutan kematian isterinya, Siti Zaleha Abdullah, 48, yang meninggal dunia pada Khamis lalu akibat sakit buah pinggang.
Sebaik tiba di Perlis semalam, beliau bergegas ke Tanah Perkuburan Islam Padang Besar, Perlis untuk melawat kubur arwah isterinya dengan ditemani tiga daripada empat anaknya iaitu Nur Asma, 20, Siti Suhaida, 17 dan Nur Akila, 11.
Sebaik tiba di pekarangan tanah perkuburan itu, Pak Omar menitiskan air mata sehingga Naib Ketua Pemuda Umno Padang Besar, Mohd Noor Aziz menenangkannya sebelum memimpinnya ke kubur arwah isterinya.
“Saya sepatutnya mendengar nasihat isteri supaya tidak ke Laos kerana tempat itu jauh dan dia (isteri) sedang sakit. Namun saya berdegil, kami terpisah dan bertemu semula hari ini (semalam) dalam keadaan begini (isteri yang sudah meninggal dunia),” katanya.
Katanya, beliau risaukan anak-anak yang kini terpaksa hidup tanpa orang tua kerana beliau perlu kembali menjalani hukuman di Laos, dan berharap Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Laos dan Pemuda Umno berikhtiar membelanya secara wajar supaya beliau dapat terus berada di Malaysia.
Pak Omar ditahan pihak berkuasa Laos ketika cuba meninggalkan negara itu pada 13 Mei tahun lalu kerana terbabit dalam jenayah perdagangan manusia. Beliau ditempatkan di Penjara Antarabangsa Laos bersama 30 lagi tahanan asing, termasuk tiga yang beragama Islam iaitu masing-masing dari Malaysia, Pakistan dan Ghana.
Beliau khuatir tempoh tahanannya di Laos berpanjangan kerana selama 11 bulan ditahan, tiada sebarang pertuduhan dilakukan pihak berkuasa Laos, apatah lagi lelaki yang membawanya ke sana, iaitu S Krishnan turut ditahan bersamanya dikatakan melarikan diri dan kembali ke Malaysia ketika mendapatkan rawatan di hospital di Laos kerana sakit.
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Mohd Khairun Aseh, berkata pihaknya dengan kerjasama polis dan Wisma Putra akan berusaha menjejaki Krishnan yang dikatakan berasal dari Sungkai, Perak bagi membantu siasatan.
“Kita percaya Pak Omar mangsa keadaan dan kami akan menyediakan pihak pembelaan terbaik, apatah lagi penahanan beliau dilihat bertentangan dengan hak asasi manusia kerana sehingga kini tidak disertai sebarang pendakwaan,” katanya yang mengakui perlu menghantar Pak Omar pulang semula ke Laos selewat-lewatnya 30 Mac ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
“Jika kita mendapati seorang teman tidak kira ikhwan atau akhwat, dan dilihat keadaan mereka sedang futur (malas), apa salahnya kita sebagai saudara seakidahnya menegur lalu mengingatkan mereka. InsyaAllah dengan qalallah dan qalarrasulullah, hati-hati mereka akan kembali ruju’, kerana sesungguhnya gerakan dakwah kita ini tertegak di atas dalil dan keadilan.”
Sendiri fikir
at-Tin :4
"sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya(dan berkelengkapan sesuai dengan kedaannya)
sendiri fikir
al-Qiyamah 22-23
"Pada hari akhirat itu muka orang beriman berseri-seri ""melihat pada wajah Allah"
Pernyataan ini disampaikan Al-Qardhawi kelmarin (27/3) di Algeria, dalam sambutannya pada Persidangan Institut Al-Quds ke 5 yang sudah berlangsung tiga hari hingga hari ini di Aljir Al-Algeria. Beliau mengatakan, masalahnya kita hanya bercakap, sementara zionis sedang bekerja. Mereka terus membuat perancangan, sementara kita tidak ada kerja. Mereka terorganisasi, sementara kita bercerai berai. Mereka sentiasa bersatu sementara kita bercakaran sesama sendiri.
50 tahun sebelumnya, mereka merancang untuk mendirikan negara Zionis. Ternyata rancangan mereka berhasil, mereka telah berjaya mendirikan negara Zionis dengan bantuan perjanjian yang ditandatangani Jeneral British, Balfour dengan menyerahkan negara Palestin kepada Yahudi Inggeris. Zionis yang hanya 'beberapa kerat' itu telah mampu marampas Al-Quds dari tangan kita. Padahal jumlah kita sepertiga penduduk bumi, 1.5 billion dari lebih kurang 5 billion penduduk bumi.
Institusi Al-Quds adalah satu badan yang memfokuskan kegiatannya dalam membantu rakyat Palestin, berupa "Jihad Madani'. Qardhawi mengingatkan tentang perancangan Israel membersihkan al-Quds dari penduduk muslim. Maka bentuk jihad yang boleh kita lakukan masakini adalah dengan membina masjid, hospital dan pelbagai infrastruktur yang boleh mengukuhkan Al-Quds sehingga kaum Muslimin boleh menghadapi penjajah Zionis Israel di sana.Dijelaskan pula, bahawa Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzi juga pernah menyebutkan 13 jenis jihad. Dan kini, Qardhawi mengatakan ingin menambahkan istilah jihad lain yang ke-14, iaitu Jihad Madani. 'Aktiviti Institut Al-Quds berada dalam lingkup jihad ini, ' jelasnya.
Menurut Qardhawi yang juga pemimpin Pertubuhan Ulama Antarabangsa. Terdapat 60 program yang dibawa oleh Yayasan Al-Quds untuk segera dilaksanakan. Beliau juga meminta pemerintah Arab dan Islam serta pelbagai organisasi sosial masyarakat untuk turut memberi sumbangsih dalam penerapan program tersebut. Acara ini diikuti Persidangan Institut Al-Quds yang kelima yang dihadiri oleh 200 peserta dari 45 negara. Badan ini dipimpin oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi (Ketua Dewan sekretariat), Syeikh Faishal Mulawi (Ketua Dewan Ekskutif), Khalid Misy'al (Ketua Biro Politik Hamas), Ikrimah Shabri, Mathraani Athoallah Hana dan lain sebahagiannya dari kalangan pakar, cendekiawan, ulama dan tokoh masyarakat.
"Matiku bukan tertakluk pada ketajaman pedang dan ajalku bukan terikat pada kegagahan makhluk tapi itu semua berada dalam genggaman takdir tuhanku." - MOFAS.
KLIK SINISendiri fikir
at-Tin :4
"sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya(dan berkelengkapan sesuai dengan kedaannya)
sendiri fikir
al-Qiyamah 22-23
"Pada hari akhirat itu muka orang beriman berseri-seri ""melihat pada wajah Allah"
Qardhawi kesal sikap negara arab dan Islam
Ketua Institut Al-Quds Antarabangsa, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyatakan kekecewaanya terhadap keadaan bangsa Arab dan kaum muslimin masakini. Walaupun jumlah mereka banyak, namun dari segi kekuatan sangat lemah dan mudah dihina. Qardhawi mengkritik tajam sikap diam bangsa Arab terhadap apa yang terjadi kepada Palestin.Pernyataan ini disampaikan Al-Qardhawi kelmarin (27/3) di Algeria, dalam sambutannya pada Persidangan Institut Al-Quds ke 5 yang sudah berlangsung tiga hari hingga hari ini di Aljir Al-Algeria. Beliau mengatakan, masalahnya kita hanya bercakap, sementara zionis sedang bekerja. Mereka terus membuat perancangan, sementara kita tidak ada kerja. Mereka terorganisasi, sementara kita bercerai berai. Mereka sentiasa bersatu sementara kita bercakaran sesama sendiri.
50 tahun sebelumnya, mereka merancang untuk mendirikan negara Zionis. Ternyata rancangan mereka berhasil, mereka telah berjaya mendirikan negara Zionis dengan bantuan perjanjian yang ditandatangani Jeneral British, Balfour dengan menyerahkan negara Palestin kepada Yahudi Inggeris. Zionis yang hanya 'beberapa kerat' itu telah mampu marampas Al-Quds dari tangan kita. Padahal jumlah kita sepertiga penduduk bumi, 1.5 billion dari lebih kurang 5 billion penduduk bumi.
Institusi Al-Quds adalah satu badan yang memfokuskan kegiatannya dalam membantu rakyat Palestin, berupa "Jihad Madani'. Qardhawi mengingatkan tentang perancangan Israel membersihkan al-Quds dari penduduk muslim. Maka bentuk jihad yang boleh kita lakukan masakini adalah dengan membina masjid, hospital dan pelbagai infrastruktur yang boleh mengukuhkan Al-Quds sehingga kaum Muslimin boleh menghadapi penjajah Zionis Israel di sana.Dijelaskan pula, bahawa Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzi juga pernah menyebutkan 13 jenis jihad. Dan kini, Qardhawi mengatakan ingin menambahkan istilah jihad lain yang ke-14, iaitu Jihad Madani. 'Aktiviti Institut Al-Quds berada dalam lingkup jihad ini, ' jelasnya.
Menurut Qardhawi yang juga pemimpin Pertubuhan Ulama Antarabangsa. Terdapat 60 program yang dibawa oleh Yayasan Al-Quds untuk segera dilaksanakan. Beliau juga meminta pemerintah Arab dan Islam serta pelbagai organisasi sosial masyarakat untuk turut memberi sumbangsih dalam penerapan program tersebut. Acara ini diikuti Persidangan Institut Al-Quds yang kelima yang dihadiri oleh 200 peserta dari 45 negara. Badan ini dipimpin oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi (Ketua Dewan sekretariat), Syeikh Faishal Mulawi (Ketua Dewan Ekskutif), Khalid Misy'al (Ketua Biro Politik Hamas), Ikrimah Shabri, Mathraani Athoallah Hana dan lain sebahagiannya dari kalangan pakar, cendekiawan, ulama dan tokoh masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan